Sabtu, 13 Julai 2013

page ini bertujuan menyatakan tentang sejarah asal usul manek urai

Asal Usul nama Manek Urai dikatakan berasal dari untaian kalungan manek yang terurai. Namun, menurut cerita orang tua-tua di kawasan ini, nama Manek Urai diambil sempena nama seorang penduduk awal yang membuka kampung ini hampir 80 tahun lalu iaitu seoarang perempuan yang bernama Mak Nik Urai.
Mengikut beberapa penduduk lama di Manek Urai, Mak Nik Urai dikatakan berasal daripada utara Kelantan asal beliau datang memugar dan membuka kampung ini selepas menyusuri sungai dengan perahu. Memandangkan kampung ini masih tidak bernama, penduduk memberi namanya sebagai Kampung Mak Nik Urai yang kemudian ditukar kepada panggilan Manek Urai yang ada sekarang.

Menurut waris Mak Nik Urai yang juga generasi ketiga keturunannya iaitu Pn. Tijah Awang Long 63, beliau memberitahu bahawa Kampung Manek Urai asalnya terletak di lokasi Kampung Pasir sekarang. Walau bagaimanapun, nama kampung itu ditukarkan dengan nama Kampung Kederang pada sekitar tahun 1940-an yang menjadi lokasi Kampung Manek Urai ketika ini. Suami Pn Tijah iaitu En. Mat Akib Ab Rahman 83, berkata, selain dari nama Mak Nik Urai, ada sumber lain mengatakan nama kampung ini diberikan sempena nama burung murai berikutan banyak burung murai mencari makan di kawasan beting pasir di tepi sungai kampung ini.
Sejarah Kampung Manek Urai lama dahulunya dijadikan penempatan semula penduduk kampung dari kampung terpencil sekitarnya ketika zaman Komunis. Selepas itu, pada tahun 1955, kawasan yang seluas 16.76 hektar persegi ini telah diwartakan sebagai kawasan Majlis Tempatan Manek Urai yang kini dimasukkan ke dalam Majlis Daerah Dabong. Pada tahun 1979, Kampung Manek Urai mempunyai seramai 2,772 orang penduduk yang mendiami kira-kira 600 buah rumah. Sebahagian besar penduduk di sini bekerja sebagai penoreh getah, petani dan pengusaha kebun serta bekerja dengan kegiatan pembalakan.
Kampung Manek Urai Lama yang terletak di lembah Sungai Lebir menyebabkan penduduk di sini tidak terlepas dari ancaman banjir yang melanda hampir setiap tahun. Banjir yang paling buruk melanda perkampungan ini pada tahun 1979, menyebabkan hampir seluruh kawasan Manek Urai ditenggelami air, seramai 2,254 penduduk ketika itu terpaksa dipindahkan.
Bagi mengatasi masalah tersebut, Menteri Besar ketika itu, Datuk Mohamad Yaacob (kini Tan Sri) dan Ahli Parlimen Ulu Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah, yang juga Menteri Kewangan ketika itu mengambil inisiatif menyediakan kawasan seluas 156.4 hektar iaitu Ladang Tanjung Batu di sini, yang dibangunkan sebagai lot perumahan dikenali sebagai Manek Urai Baru, untuk penempatan semua penduduk Manek Urai Lama yang terjejas akibat banjir.
Penduduk Manek Urai Lama dan Baru menikmati banyak kemudahan asas terutama yang melibatkan projek kesejahteraan rakyat, termasuklah pembinaan jambatan merentangi Sungai Lebir menghubungkan dua kampung terbabit, jalan kampung berturap, sekolah kebangsaan dan menengah, masjid, madrasah, tadika, klinik kesihatan dan perpustakaan desa.
Penubuhan beberapa buah agensi bukan saja turut membangunkan kawasan kampung, malah memberi kemudahan kepada penduduk untuk berurusan, antaranya Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil (Risda) dan balai polis.
SEJARAH MANEK URAI